Sunday, April 19, 2009

Semua orang tahu Ah Long banyak menyebabkan kesengsaraan masyarakat. Cerita kezaliman Ah Long bagaikan diterima sebagai salah satu hakikat kehidupan. Begitu dayuskah pihak berkuasa? Bagaikan menerima matahari, Ah Long seolah2 entiti yang sah yang tidak boleh dipertikaikan. Ada apa dengan Ah Long? Hampir setiap tiang lampu, papan tanda awam, ada saja iklan 'peminjam wang berlesen'. Apa ini? Di harap blog ini dapat mengumpulkan maklumat tentang ah long, agar masyarakat sedar bahananya isu ini.

Ah Long Berlesen?
Bagaimana dengan Ah Long berlesen? Apa yang dilesenkan? Siapa yang melesenkan? Bagaimana nak tahu yang berlesen dengan yang tidak? Kalau berlesen, tidakkah sepatutnya kadar faedah, syarat pinjaman dsb ditentukan dibawah bank negara? Soal ini banyak kekaburannya. Bagaimana dengan iklan haram di tiang2 lampu dan tempat2 awam? tidakkah nombor telefon mereka boleh dikesan? maka sudah pasti mereka boleh disaman kerana tidak mengikut akta papantanda dan sebagainya. Tapi tidak. Ruang awam bagaikan satu papan tanda besar untuk Ah Long.